Tuesday, December 20, 2011
Sudah Bergelar Aunty
Begitu cepat masa berlalu kan..tidak saya sangka saya sudah bergelar makcik a.k.a aunty hahaha..sebelom-sebelom ni da ade anak-anak sedara/ buah yang lain cume bukan dari family sendiri dari sedara mara belah ayah dan mak je..
Gambar atas ni anak sedara dan cucu sulung dalam family saya..fuhh!!! agak excited jugalah..dilahirkan ke dunia pada 19/12/2011..bagus la mak dye punye birthday 19/1 anaknya 19/12..cantik kan..bile tengok baby ni seronok pon ada terinign pon ada...uurrgghhhh!!! tapi saya lama lagi la..tak pe main dengan anak sedara je la..
Saya sangka kakak saya akn bersalin sebelom krismas ni ..tup-tup dapat mesej akak saya da nak bersalin..punya la gembira balik ni bole terus main dengan baby..hahaha bole praktis-praktis kn...bak kate orang practice make perfect!! hahaha..nama baby ni pon saya belom tahu lagi..belom dapat info lagi malas nak tanya banyak-banyak pada dorang tunggu saya balik baru la saya pot pet pot pet taburkan semua soalan.. hahahaha
ok la malas da nak tulis panjang-panjang sekian saja nukilan saya kihkih...
Wednesday, December 14, 2011
sikit-sikit lama-lama jadi bukit
cer tengok cer tengok..hahhhh!!! banyak kan duit syiling tu sampai berterabur-rabur hahaha..
nila duit saya simpan setahun..hehehe setahun ker? sebenarnya tabung comel saya ni da sarat sampai tak tertampung lagi..puas saya jolok-jolok masukkan duit syiling tu tak nak juga masuk tu yang terpaksa tukar sebelom sampai masanya..
Setiap tahun saya akan simpan duit syiling ni..kira pakai duit kertas je..hehehe.. ingat lagi dulu-dulu pesan mak..berjimat-jimat duit lebih boleh simpan dalam tabung..dulu mase kecik-kecik asal tgok tabung berat je penuh je habis terburai tabung tu tak sempat nak tunggu duit banyak haha..
dulu kecik-kecik nakal tak nak dengar cakap mak..da besa ni da keje baru nak ikot balik cakap mak kihkih..so sekarang saya tau best juga simpan duit syiling ni..depends kalo rajin menyimpan kadang tu banyak dapat..kalo malaz bole bawah seratus kan..
Lagi satu saya ni memang suka tengok tabung yang comel-comel kalau pi berjalan tu..da tu kalo da beli tabung mesti kene menyimpankan apa guna beli bia je kosong macam tu..bia nampak hasil..kan..kan..kan..
pisst::: wah lamenya tak berblog-blog nih!!! rase macam macam macammmmmmm......ngeeeeeeeee
ok la bubye
Monday, November 21, 2011
kHaSiaT bUah DeLiMa
Hari ni terasa rajin pula nak update bLog ni..hEhE! hari ni juga saya nak share sikit tentang Buah Delima..koRng penah makan tak buah delima ni?? sebab kan..kalo dapat yang manIs..maniS lah kan..tapi walopon dapat yang tak manis korang stiLL bole makan lagi Sebab khasiat Buah Delima ni baik untuk kita semua..boleh diamalkan selalu..
Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.
Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.
Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
Rahsia Penciptaan Buah Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.
*credit to google*
Wednesday, November 16, 2011
SPM Punye Ceghita..
Selamat menduduki SPM kepada semua adik-adik..jawab betol-betol elok-elok ok! hehehe
ok! bile dengar dorang ni nak spm je mesti teringat balik cerita-cerita spm kite dodulu kn betol x? saya ingat lagi time saya nak ambil SPM..perasaan gementar tu mesti ada kan..bahkan lelebih nebes pula hahaha!! waktu saya dulu..sebelom masuk dewan exam fuhh!! kawan cakap ke tanya ke saya tak jawab kadang tu tak endahkan langsung ape dorang tanya..konon focus la tu!! hahaa..bile da masuk dewan exam 1st saya akan buat mestila baca doakan..da baca doa semua boleh tulis nak tau ape saya buat..saya akan tengok paper pas tu tengok kawan-kawan tengok kiri tengok kanan tengok luar tingkap...bak kate semualah saya tengok nak amik feel jawab exam hahaha..kalo maths penah rase macam nak campak calculator je sbb kira punya kira tak dapat..hehe!
Da kelua dewan exam baru kecoh balik..sampai kene perli dengan member..hahaha..yela masa pagi-pagi kan konon ilmu tengah banyak kt pale otak ni study dari petang ke malam tido pas tu bangun balik mesti ilmu tengah lekat kat otak..tak nak buang ilmu saya tak bercakap sampai masuk dewan..bile pikir balik klako je dengan muka yang serius tu!
Lagi satu time paper kimia dan fizik..esok nak exam malam tadi bantai tido sepuasnya..ader ke patut? tak patutkan..buku buka mase petang je bile malam mak suruh naik bilik study bole bantai tido..esok kecoh member cakap takot ingat formula tu la ini la..dorang tanya saya rileks je cakap "korang nak tau aku tido la tak baca buku pon" semua member geleng pale..pas tu buat pula muka tak bersalah! haha! bile tak dapat jawab ape lagi tengok la keadaan sekeliling..tapi alhmdllh result nasib baik ok!! tak de la baik mana cukup-cukup makan je..sebab subject tu saya kurang minat tu yang tido je! ngeee =D..jadi kepada adik-adik tu jgn ekot peragai macam ini..korang study betol-betol ok mesti dapat result yang gempak kan! jgn hampakan harapan mak ayah ngee!!
Thursday, October 20, 2011
Jalan-Jalan Cari Makan
Asal buat entry je mesti entry makan tak sudah-sudah dengan entry makan kan..kan..kan..ngeee..Dipendekkan cerita la kan malam selasa lepas saya pergi makan makanan arab di gombak je tak jauh pon..bukan hati teringin nak makan makanan arab ni tapi ade orang belanja bedal saja lah..orang itu harus dirahsiakan shiiiiii!!! senyap-senyap ok nanti muncit tau muahahahaha muahahahaha (gelak jahat lagi) uwahahaha!! untung badan ada orang nak belanjakan..bak kata pepatah rezeki jangan ditolak ngeeee (senyum seperti senyuman kambing)..ok mari saya perkenalkan restaurant arab ya habibi ya maulana::
RESTORAN QASAR SABA
menu atas ni boleh dikatakan popular kat kedai ini..pemilik restoran tu yang cakap la saya pon first time nak makan tak tau nak makan apa..menu ni yang saya ingat Lamb/Chicken Mandy..mandy tu maksud nasi kot hikhik! tapi nak cakap nasi ni memang de best la! sedapppp yang amat thoqqqq!!
tengok harege(yang tengah-tengah tu) dia mak datuk fuh! fuh! (sambil mengurut dada) semputttttt! bole tahan nasib baik bukan haku yang bayar kan! hahaha
tokey kedai tu cakap kiteorang patut try roti atas ni tapi saya pon tak ingat roti ape haha??? bile dye cakap patut try je kiteorang order sekali sampai mak datuk besarnya roti..habis ke kalo makan..masing-masing da berpandangan tersenyum-senyum kambing sesama sendiri..
roti kat atas tu dimakan bersama dengan ini..yang ini pon saya tak teringat ape yang saya tahu makan dan makan je hikhik!
yang ni pula mix grilled Qasa Saba campuran ayam daging kambing kot yang ni bole tahan la..janji masuk mulot tak suka ke hape ke perut yang proses..
kalo ada sesapa nak mencube bolelah datang mencube banyak lagi menu-menu yang menarik..selain tu korang bole cuci-cuci mate tengok jejaka-jejaki afghanistan, pakistan,khazastan dan semua tan-tan lah kat situ haha! mane tau nak dapat anak darah kacukan kan..kan..kan!!
bye~~~bye
Friday, September 30, 2011
Wednesday, September 14, 2011
nak juga cerita walopon da nak basi!!
Ini entry bukan entry pasal raya tapi entry 2 hari sebelum raya..haha..nak juga kan! mase balik rumah kat johor macam biase la bile nak raye masing-masing buat persiapan nak raye..saya pepagi lagi da di suruh kemas balik barang-barang yang saya tinggal kan lepas sekolah dulu..mane taknye dulu mase pindah rumah baru boleh dikatekan berapa bulan je saya duduk situ lepas tu merantau datang KL jadi tak kemas habis semua barang-barang yang saya tinggalkan..rasenya da empat tahun meninggalkan zaman persekolahan..bile di ingat balik tersenyum kambing, lembu semua ade sorang-sorang..mesti korang pon rindu zaman-zaman persekolahan kan..zaman itu la yang paling best pagi-pagi pergi sekolah balik pukul 3 tukar baju makan dan terus tido petang bangun pas tu pi main kat lua..wahh syookk je..bila da kerja baru rase macam nk pi balik zaman dodulu..=)
kemas dan kemas, punggah dan punggah maka terjumpa la khazanah-khazanah lama ini..hahaha tergelak sorang-sorang bile tengok balik..antaranya: (cewahh antaranya)
kemas dan kemas, punggah dan punggah maka terjumpa la khazanah-khazanah lama ini..hahaha tergelak sorang-sorang bile tengok balik..antaranya: (cewahh antaranya)
s/s: ingin bertemu semua kawan sek.men teknik batch 2006/2007..ingin bertemu semua kawan2 PLKN batch 1 kem teluk sari, mersing 2008..ingin bertemu kawan2 sek.men jln mengkibul batch 2001-2003..(ramai kawan cina)..ingin bertemu guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik saya..saya rindu akan kamu semua...
buibui
Tuesday, September 6, 2011
excident keciL
semalam dengan hati yang tenang tepat je pukul 0500 saya tet! kat touch card (bab balik kije betul2 punctual) terus berlalu dan berjalan dengan tenang pergi ke kereta.. memulakan perjalanan dengan bacaan bismillah dan selawat ke atas nabi..kereta saya meluncur ke jalan keluar menuju jalan pulang..(amboi ayat!!!)..dengan perasaan tenang dan tenteram saya membawa kereta sambil ternyanyi lagu-lagu yang berkumandang di corong radio..bila traffic light merah kita mesti buat pe? sape bole jawab? jalan terus? berhenti? mesti la berhenti kn? woi x blaja undang-undang ke? lampu hijau baru la kita jalan kan..jalan yang saya lalu tu adalah jalan yang mana semua kenderaan AKAN ke kanan saya highlight kan lagi AKAN..da tu motor yang ko melulu nak terus je apasal kan dan boom!! terkena kete aku..ni yg haku marah!!! kalo ye pon ko nk terus amik la kiri pas tu laju pas tu x say sorry nasib baik aku sempat brek dan kaki ko dapat diselamatkan..kalo tersepit dan aku xtak mengelak tak ke nanye tu..eee!!! aku marah btol la..aku pon penunggang motosikal link yg ko ambil tu adalah link untuk ke kanan..lepas kejadian tu saya terkaku beberapa minit dan terdiam seketika dan tgok penunggang motosikal itu cuba menghidupkan motornya..dan bla begitu saja!! tiada kata maaf..nampak sangat ko salahkan..eee!!! geram ni geram ni..memangla tak teruk tapi pikirla keselamatan nyawa ko wahai penunggang motosikal!! kalo ko kene dengan orang lain dan lebih teruk? cam ne?
Alhamdullillah..rezeki lebih...
apa motif gambar diatas?
Alhamdullillah bulan ini saya adelah sikit-sikit rezeki lebih boleh la saya menghiasi kereta comel saya ni..hehehe..asyik menghias diri je kan sian tgok voom2 gurl ni terabai kan..barulah sesweet tuannye ccewaahhh (ayat perasan)..ni pon dalam proses berperingkat-peringkat untuk menghiasi voom2 gurl...
Da tgok gmbo kt atas? hahaha sebenarnya saya tukar tayar je..asyik berjln je mn tayar x haus kn?? bubye!
Da tgok gmbo kt atas? hahaha sebenarnya saya tukar tayar je..asyik berjln je mn tayar x haus kn?? bubye!
Thursday, August 25, 2011
Hantu BonCeng Menghantui kite???
mesti peminat zizan raja lawak tertunggu-tunggu cerita baru zizan kan..saya pon salah seorang peminat zizan raja lawak..1st time jumpe zizan siap termimpi-mimpi tu dalam tido bhaahaa..tapi ape kan daya sape la kite ni berbanding mereka ececehh!! cerita hantu bonceng kat atas ni bakal di tayangkan di pawagam aidilfitri ni..tak silap raya ke-2 ni kot..jadi sape-sape yang free bole la pi tgok saye da tgok memang syokk gile!! best! rugi ma kalaw tak tengok..da2 tak bole cerita lelebih korang tengok la sendiri nanti ok..
Tuesday, August 16, 2011
Sobs...soBs..(T_T)
entry hari enrty sedih sikit..mesti korang da tau kan..da beberapa hari ni pergi kerja on je radio dengar lagu raya..on je lagu raye..nak elakkan dari hati yang sedih dan lara tukar siaran lain pon same juga huahuahua (T_T) lingkaran mate macam terasa air mata jadi untuk mengelakkan airmata tu gugur ke bumi terpakse la keluakan suara sumbang ibarat karoke dalam kereta menghiburkan hati yang lara..sedih dan pilu..tup..tup da kua lagu raye..saya belom pon lagi berbuka dan bersahur dengan family..gini la nasib seorang anak perantauan hehehe..kt opis pon da tak nak dengar lagu lain nak dengar lagu raye juga..suasana opis pon da macam 2,3 hari je lagi nak raya..lagi la sedih (T_T)
buat kerja sekarang pon cincai- boncai je fikiran menghitung hari nak balik kampung..kan best kalaw family dekat balik kerja je jumpe mak ayah..main dengan adik bergurau senda semua..ni balik-balik je jumpe tilam haha..bulan pose kali ni pon pecah record hampir setiap hari saya masak kat rumah..ish..ish..ish..anak sapa la ni.."ada sape-sape nak jadikan saya menantu?" ayat bajet ngee ~~,..
ok la nak sambung buat assignment sambil dengar lagu raya bia menitis-nitis air mata jatuh ke bumi bersama cendol hahaha...
pisst: kuih yang dalam entry lepas saya da tahu da iaitu "puteri mandi @ kuih kepik hidung" haha
buat kerja sekarang pon cincai- boncai je fikiran menghitung hari nak balik kampung..kan best kalaw family dekat balik kerja je jumpe mak ayah..main dengan adik bergurau senda semua..ni balik-balik je jumpe tilam haha..bulan pose kali ni pon pecah record hampir setiap hari saya masak kat rumah..ish..ish..ish..anak sapa la ni.."ada sape-sape nak jadikan saya menantu?" ayat bajet ngee ~~,..
ok la nak sambung buat assignment sambil dengar lagu raya bia menitis-nitis air mata jatuh ke bumi bersama cendol hahaha...
pisst: kuih yang dalam entry lepas saya da tahu da iaitu "puteri mandi @ kuih kepik hidung" haha
Monday, August 15, 2011
Sape Tau..tOlong bagitaHu
Tuesday, August 9, 2011
Gelagat si comel membawa kEretA
Bile teringat dan tengok balik mesti geli hati tekak semua la pada gelagat ci comel ni..bila kita nak bawa kereta dia pon nak bawa kereta juga..bila kita nyanyi nanti akan dengar sayup-sayup suara dye nak nyanyi juga hahaha...meh la kita tengok hebaqq tak hebaqq dye ni..bawa kereta tanpa pandang cermin sisi kiri-kanan, tanpa paandang cermin pandang belakang, tanpa tekan minyak dan brek..ffuuhhyoooo!!! bhaha..
Monday, August 8, 2011
kenangan..(T_T)
kini semuanya hanya tinggal kenangan..kenangan sahaja..dan kenangan itu susah untuk kembali lagi..meratapi setiap kenangan yang berlalu setiap hari..ada kenangan manis ada kenangan pahit..semua berlalu begitu cepat dan pantas..kenapa ia berlalu dan tidak menetap di situ sahaja?? kenapa? kenapa? kenapa? aarrgghhh (pe hal la emo sangat ni kan hehe)..kenangan ni terjadi sehari sebelom puasa..sehari sebelom puasa saya dan myBff hanta k.zila pergi putrajaya untuk dya meneruskan kerjayanya dalam sektor gomen..wahh tahniah ye kak..maafla ekin tak dapat nak beri apa-apa buah tangan untuk akak..harap akak kat sana jaga diri baik-baik ye jangan tak makan pula kat sane tu nanti balik BMI kurus dari ekin pula aiyoo..hahaha.. lepas ni tak de lagi gosip-gosip kat tempat ekin..tak dapat lagi la kite beli mate pelesu same-same kan..tak de lagi la geng mate pelesu! haha..tak pe nanti akak free bile balik KL contact-contact la ye..ekin dengan k.fara ade kalaw nak teman akak pergi semejid jamek tuh! sob..sob..ingat akak mesti ingat ekin kat sini tau..hehehe
bile tengok kawan-kawan dapat kerja gomen bestkan..bile la nak dapat ni.?? (sambil tangan menongkat dagu (-.-)..
bile tengok kawan-kawan dapat kerja gomen bestkan..bile la nak dapat ni.?? (sambil tangan menongkat dagu (-.-)..
mase hantar k.zila ni kami jenjalan kat Alamanda..da sampai putrajaya nak mencari Alamanda ni ntah berapa kali punye sesat..nasib baik no kenderaan voom2 gurl "J" haha tak malu sangat bertanya pada orang nampak la kami ni datang dari johor kan..sesampainya di Alamanda jalan-jalan sambil tengok sekeliling dan memikirkan nak makan apa..last-last kami bertiga pilih lepak kat A&W...terasa lame juga la tak singgah A&W ni..sejak lepas habis sekolah lagi..semuanye tak berubah sebab semuanya tak best sangat hehe!! tapi layan je..
Monday, August 1, 2011
5 Bonus khas Ramadhan
As salam..mulekan entry dengan salam pada bulan penuh keberkatan ini..selamat berpuasa semua..sebelum itu..kamu semua puasa? sape yang tak puasa? meh sini babab dye..ngeee (tapi bg wanita di kecualikn atas sebab2 tertentu)..semoga bulan ramadhan tahun ini menjadi yang terbaik...ok habis mukadima let's continue!
saya cume nak bagitahu..kita diberi bonus tahun ini dalam bulan ini..sape suke angkat tangan!!! sape tak suke angkat kaki kahkahkah..sape yang tak suke memang rugi lorr..bukan senang kita nak dapat bonuskan? kan? bonus ini memang kita akan dapat pada bulan keberkatan ini aje..cer teka bonus ape? cer teka!! cehh!!! mesti korang da tahu kan terang lagikan bersuluh tuh tajuk entry pon da tulis bonus khas raye!! aaiikk salah bonus khas ramadhan..
(Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:)
saya cume nak bagitahu..kita diberi bonus tahun ini dalam bulan ini..sape suke angkat tangan!!! sape tak suke angkat kaki kahkahkah..sape yang tak suke memang rugi lorr..bukan senang kita nak dapat bonuskan? kan? bonus ini memang kita akan dapat pada bulan keberkatan ini aje..cer teka bonus ape? cer teka!! cehh!!! mesti korang da tahu kan terang lagikan bersuluh tuh tajuk entry pon da tulis bonus khas raye!! aaiikk salah bonus khas ramadhan..
(Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu:)
Bonus 1: Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.
Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus 3: Allah memperindahkan syurganya setiap hari dan berfirman:
"Hampir -hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan
penderitaan lalu kembali kepadamu(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)".
Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadhan.
Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (org yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w
'Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?'
Baginda menjawab:
'Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya.'
Bonus 2: Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.
Bonus 3: Allah memperindahkan syurganya setiap hari dan berfirman:
"Hampir -hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan
penderitaan lalu kembali kepadamu(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)".
Bonus 4: Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain ramadhan.
Bonus 5: Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (org yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w
'Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatulqadar?'
Baginda menjawab:
'Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalanya.'
Amin...semoga kita mendapat kelima-lima bonus ini ya..Ah Lan wA saHLan yA Ramadhan..
buibui..
Thursday, July 28, 2011
Dua hAri punye ceghiTa
Hye...morning!! hari ni saya nak cerita kisah yang berlalu semalam dan kemarin..baru dapat gamba jadi terpaksa tunggu dua hari lor nak hupdate dalam blog..bukan tak nak ambil gambar guna camera saya tapi saye tahu kalaw ambil gambar guna camera saya dah sah-sah dan sah lagi gambar owner camera berapa keping je boleh dikira..jadi dengan tak malunye saya menumpang jela camera orang..maafkan saya ye ngeee (~~,)
Biasanya sebelom nak sambut bulan ramadhan ni mana-mana office mana-mana department/section/unit kebanyakkannya buat makan-makan potluck semua bagailah.yang seronok sebab makan freekan tak luak duit gajikan hehe! yang part seronok lepas semua makan edisi tapau-menapau pula...saye ni bujang pon tak nak mengalah pon nak menapau juga haha! yela balik rumah tak payah nak masak lagi..kan save mase tu kan..bijak! dan bijak sekali hehe..saya pon tak nak cerita panjang mari tgok gambar..
Biasanya sebelom nak sambut bulan ramadhan ni mana-mana office mana-mana department/section/unit kebanyakkannya buat makan-makan potluck semua bagailah.yang seronok sebab makan freekan tak luak duit gajikan hehe! yang part seronok lepas semua makan edisi tapau-menapau pula...saye ni bujang pon tak nak mengalah pon nak menapau juga haha! yela balik rumah tak payah nak masak lagi..kan save mase tu kan..bijak! dan bijak sekali hehe..saya pon tak nak cerita panjang mari tgok gambar..


ok habis makan mate terus kuyu dan layu..itula akibat makan terlampau banyak..aiiyyooo habisla naik balik la berat saye..baru je kurus ni..sebelah petang pula ucara memotong kek sponsor oleh k.jijah untuk staff birthday jun/july dan meraikan kenaikan pangkat kakak dua orang sebelah kanan saye tu..tahniahh..wahh akok (akak berbaju purple) naik pangkat ko ye lpas ni habisla naik tocang ko ngn aku ye..asal aku nak cuti je mulalah M.C la..mesti teballah buku rekod ko tu..korang semua berjaga-jaga ye akok da naik pangkat haha!


ni aksi geditss kami
tadi tu cerita hari rabu yang punya untuk cerita semalam gambar tak diambil tapi nak juga cakap dalam blog ni..terima kasih pada boss sebab belanja kami semua KFC..sebab bos baru habis master wahh boss kalaw boley hari-hari belanja kami ok x? hehehe..then habis sudah continue esok makan-makan lagi..sebelom datangnya ramadhan ni makan jela ye..byee!!!
Tuesday, July 26, 2011
tiaDa kaTa-kaTa
sebenarnye entry ni tak ade ape pon nak tulis..sebab mood malas sedang berkuasa jari - jemari ni seakan tak larat nak taip sesuatu perkataan hahaha..
ok la bhaii
pisstt:: gambar diatas tu saje diupload masuk dalam ini entry sebab saye suke sgt2 gmbar diatas..dan ucapan terima kasih to k.fara sebab sudi ajak ekin pergi dinner ni..suke akan tema ini "ARABIAN NIGHT"
Monday, July 18, 2011
New LooK
Entry lagi yeeaayy yyeeaayy hahagumbira je hati bile update blog bile buat assgmnt ke kerja ke muke muncung sedepa la..bak kate org muncung tu bole sangkut hanger haha! kalaw korang bace entry sebelum ni kan saye ade cakap pe perubahan yang korang nmpk dalam gamba-gamba akhir saye kan kan..bukan la perubahan banyak pon cume sikit je..
membuat pilihan untuk gaye rambut yang terbaru senang cite rambut raye la kan senang hahaha
tapi sayang pula nak potong sebab bukan selalu rambut saye panjang macam ni..nila pengorbanan namenye bile da buhsan dengan gaye rambut yang same je terase nak buat kelainan..new image eyola tu kan..nak tahu gaye pe yang menjadi pilihan hati..jeng..jeng..jeng..
kEjAdIaN yAnG MengGemBirakaN
As salam semua dan bagi bukan islam salam sejahtera dan salam satu malaysia..Entry kali ni saya nak cerita mengenai cerita yang menggembirakan saya dan apa yang terjadi semua adalah mereka-mereka yang ingin menggembirakan saya. Pertama sekali sewaktu hari lahir saya...saya sambut dengan ahli keluarga saya yang tercinta..kami buat kenduri doa selamat sekali sebab kakak saya da pregnant 4bulan dan akan memasuki 5bulan disini ade perasaan sedikit teruja sebab bakal menjadi makcik dan mak ayh saya bakal menjadi atuk dan nenek hahaha! Hari lahir saye berdekatan dengan dua orang adik saye pertama adik lelaki 27/6 dan adik bongsu 10/7 dan pada 10/7 itu juga la hari ulangtahun perkahwinan mak ayah saye special kan dalam satu masa sambut banyak perkara..Gembira rase hati..semua sedara mara ada jadi meriah la hari itu..Walaupon dalan keadaan yg sederhana tapi amat menggembirakan kami satu keluarga..kepada ibu dan ayah nor ucapkan selamat hari ulangtahun dan berharap juga ibu ayh kekal dan kite sekeluarga bahagia selama-lamanya..kepada kakak yang disayangi jaga kesihatan dan jaga baby elok-elok ye..kepada azin belajar bersungguh-sungguh dan jadila orang yang berguna kelak dan akhir sekali pada nina comel semoga nina cepat besa dan cepat masuk sekolah hehehe aminnn..dan kepada saye sendiri semoga berjaya pada hari-hari akan datang dan cepat habis belajar..
ni kek kami sekeluarga nice! thanks to cik yan sebab susah payah buat kek ni..
ok di office pula lepas naik kerja setelah bercuti balik kampung saye disambut dengan satu kejutan suprise!!! dari cik zila terima kasih kak atas pemberian akak dan terima kasig bangat-bangat sebab buat entry tok ekin hehe! (~~,)blushing..dan tak lupa pada yang wish terima kasih sangat-sangat ye..
dan saye yang teruja menerimanya..kak zila walaupon gmbo ni blur tapi ekin nak juga masukkan dlm ini belog haha!
Hadiah dari family da dpt dari kawan da dpt..sekarang nak cerita hadiah dari encik muncit pula ngeee!!..sehari selepas balik kmpung muncit ada SMS mengajak saye pergi rumah kawan dye katenye ada makan-makan tidakla saye syak apa-apa yela sebab bufday saye da lepas pon..hurrmm mase tu geram juga sebab mase bufday saye muncit tak de pape respon pon tak kan lupe lagi macam tahun lepas tapi ape kan daya tak kan nak meminta-minta pula kan..saye membuat keputusan untuk mendiamkan diri..tapi sangkaan saye salah..hari yang muncit ajak pergi rumah kawan dye tu saye sangka untuk melawat kawan dye sebab kawan dye yang kahwin bulan 6 haritu da pregnant tahniahhh to iza dan am..sebaik saye dan muncit sampai je saye di kejutkan dengan kek yang berlilin dan lagu dari nyanyian kawan-kawan muncit..haha! tersipu malu saye disitu tuuluuunnn hati melonjak-lonjak kegembiraan sebenarnye tapi saye terpakse control ayu eeuuww hipokrit kan!! dengan muke yang kemerahan bak pakai blusher yang berlebihan saye potong kek mase tu tak terkate ape hanya senyum sepanjang makan hahaha gile kan..saye pon da minta maaf pada muncit sebab berburuk sangka pada dye..saye tak sangka langsung muncit nak buat makan-makan ni tok saye haha! dengan senyum-senyum kambing sepanjang perjalanan balik saye bertanya pada muncit:
saye:thanks ye sebab buat suprise tok kite (~~,) dengan nada gedittss
muncit: wlcome haha! tu la lain kali jgn marah melulu je ade sbb npe saye buat tak tahu (amilk ko kene ceramah sekali)
saye: ok-ok la sorry (dengan muncung yg pnjg sedepa) muncit-muncit tahun depan kite nak lagi suprise bole? (~~,) muke menggoda dan mengharapkan muncit akan berkate ok..
muncit: .....da-da ni mungkin last suprise tak nak manjakaan sangat..nanti naik tocang (-.-) muke serius
saye: (T_T) alaaaaaaa (berkata dengan nada sedih)
dengan pertanyaan itu da buat perasaan gumbira menjadi sedikit tidak gumbira..aarrgghhhh tapi saye tak kesah pon janji muncit ingat sudah haha!!
saye: ok-ok la sorry (dengan muncung yg pnjg sedepa) muncit-muncit tahun depan kite nak lagi suprise bole? (~~,) muke menggoda dan mengharapkan muncit akan berkate ok..
muncit: .....da-da ni mungkin last suprise tak nak manjakaan sangat..nanti naik tocang (-.-) muke serius
saye: (T_T) alaaaaaaa (berkata dengan nada sedih)
dengan pertanyaan itu da buat perasaan gumbira menjadi sedikit tidak gumbira..aarrgghhhh tapi saye tak kesah pon janji muncit ingat sudah haha!!
ini kek suprise dari muncit dan kawan-kawan muncit thanks korang dan thanks sgt to iza sebab masak-masak dah la baru awal pregnant..dan ejun thanks bagi hadiah ye...tahniah to ejun dan iza..korang jage kesihatan ye jgn buat kerja berat jage baby elok2..
dan last cerita mengenai bufday saye..mybFF pon tak ketinggalan buat suprise tok saye..thanks to k.fara dan k.lin sebab bawa ekin pi IKEA makan meatball dan kek itu..tak tipu saye 1st time makan meatball kt IKEA tu wahhh sungguh sedap sekali..sambil menjilat pinggan haha! to k.lin thanks belanje karoke puas ekin melalak walaupon tau sore ekin ni sumbang mambang..lain kali belanja lagi okeeiisss!!
ni hadiah dari k.fara tau je ekin suke makan cokelat..oppss!! cokelat sudah hilang satu sebelom sempat ambil gambo haha tak tipu memang penggemar cokelat..
ni la meatball tu..saye sangkakan menu sup yela sebab biasenye sup ade meatball cm ni rupenye menu western sedap juga..

dan ini la bufday gurl yang teruja dapat makan meatball dan kek (xtau name mende makan je haha)
terasa bufday kali ni buat saye hepy..terima kasih pada semua yang menggembirakan saye..hope tahun depan dapat lagi suprise ye hehehe..
cop-cop dalan dua gamba yang terakhir ni kalaw korang perasan saye ade perubahan kan..kan..kan..cer tgok blik cer tgok pe dye..nak tau meh la kite tgk next entry..buibui




