Tuesday, January 17, 2012

BiLa JuMaAt Je MeStiiii...

 As salam semua..hehehe kan da cakap kan..saya kalo update belog mesti seminggu sekali..tak tau la kenapa dengan mood ni kan tapi tak pe sebab sekurang-kurangnye aku tak biarkan belog ni bersawang dengan sebegitu sahaja..hahaha..janji update (ade aku kesahhh doww ) haha..

ok pertama sekali nak tanya korang la..pernah makan kat fullhouse restoran?? pernah? pernah?? haha tak pernah kan meh aku cerita sikit ape yang ada kt full house tu yg tajuk ala-ala cite korea ni kan.. sekarang dye da buka kat wangsa walk wangsa maju...first sekali memang aku tak tahu menahu pon tentang restoran full  house ni dan berterima kasih pada kak ana sebab bawa kami pi makan kalo tak aku pon tak tau dan tak pi kot haha harap rumah je dekat ulang alik ulang alik pi wangsa walk..dan aktiviti kami hari jumaat pon adalah test makan-makanan baru..yela rehatkan lama..bak kate kawan aku solat jumaat ni korang solat kat mana..mana lagi kalo tak ke jj @ k4 @ sebagainya haha..jangan jelezz!






credit to google


full house ni bertemakan english..aku memula pergi pon macam teruja wahhh..tapi tak tunjuk la yang aku ni teruja sangAt lompat-lompat dalam hati je hehe! selain korang bole makan korang pon bole shopping kat sini..enviroment tenang je suke pula aku pergi sana macam nak pergi lagi tapi tunggu gaji la kan hahaha..kami swasta tak dapat gaji lagi macam kerajaan tuh! (~~ i)..tak pon tunggu muncit gaji la bole paw dye kan kah kah kah (sambil mengeluarkan tanduk)





cer tengok menu book dye wahhh..tengok macam magazine deco rumah pon ada belakang ada komik lagi..best-best kan..(sambil angguk-angguk kepala yg tengah sakit )..



 air dye nah amik ko...minum la sampai kembung perut hahahaha..


 actually mase datang sini kami amik set lunch so da siap air, makan, sup tomato dan kek..so lengkap dan jimat la dari ala carte..makanan kat sini pon best dan sedap..try la korang..kalo nak try jangan lupe bawa saya ye sebagai komesyen saya perkenalkan tempat ni untuk korang haha!






 kat atas ni semua antara menu yang kami makan sorry tak tulis ape nama makanan tu actually da lupe la nama makanan semua tu..yang saya tau makan je sampai perut jadi bulat hahaha!






 dah makan mari tengok bahagian luar kalo korang nak makan kat lua macam ni la enviroment dye..nampak tak tuh! atas tu! comelakn kereta tu masa memula sampai  ya allah macam nak terus lompat je dalam kereta mini tu tau tak tapi disebabkan ada orang terpaksalah aku bersopan santun kang dorang ni pelik pula tengok aku ni macam orang tak betul hahahaha..kempunan tak dapat amik gambar kat kereta mini yang comel tu uuaarrgghhhh (T__T)




 yang ni pula bahagian dalamnya..pon sesangat cantik dan sweet..yang aku tengok semuanya santek-santek dan sweet-sweet uuaarrgghhh geram!! nak pergi lagi!!

Tuesday, January 10, 2012

SeLaMaT pEnGaNtIN bArU


 As salam kepada blog dan juga warga belog sekalian..waaahhh waaahaaaa..sudah lame rasenye tak update blog macam dulu..kalo update pon sekejap je tak de tulis yg panjang berjela.. mungkin tahun ini saya akan bergiat aktif dalam berblogging macam dulu insya allah..kadang tak dapat nak janji sebab tibe mase malas lah tak de mood la tu la ni la kan..bak orang kate < lu cakap tak serupa bikin ma > hah kan da kene wahawahawaha.. 

Masih tak terlambat saya nak ucap selamat tahun baru kepada semua semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun sebelom ni kan..kalo tahun sebelom ni tahun yang ong untuk korang semoga tahun ni makin bertambah-tambah ong la ye amin..berharap semuanya berkeadaan baik..azam tahun baru saya adalah saya nak jadikan tahun ni tahun yang libih positif bagi saya tak kiralah dari segi fikiran positif, hati yang posistif  ke bak kate semua positif la..dan semestinya saya nak tahun ni saya pass exam dengan cemerlang kalo da bergelar student ni mesti nak lulus dan terbaikkan dari tahun ke tahun..amin..semoga cepat habis study ya allah nak rase rest panjang pula..hikhik


meh la tengok muka gembira di tahun baru


 saya memang suka berlagak cumilllll =P


ok berbalik tajuk entry..saya nak ucapakan lagi sekali SELAMAT PENGATIN BARU pada kak Qila..=D
nak tau sape kak Qila ni??meh saya bocorkan satu rahsia.. kak Qila isteri pada abg fuad..abg fuad ni pula abg kepada muncit..so da kenal la kan?? hahaha sape yang tak faham tu dah dok je diam-diam ni hanya untuk orang yang faham je hhuuaarrgghh..

Dorang ni diijabkabulkan pada 7/1/2012 dan majlisnya 8/1/2012.. dan kak Qila ni pon adalah sahabat saya yang mengajar saya buat blog ni tengkiu kak dan sahabat bisness sy bFF bouTique..kalo korang nak pi belog dye korang tekan sini Kak QiLA.. belog kepunyaan kak Qila ni pon antara belog yang best untuk dibaca..so korang pi tinjau-tinjau la ye.. bak kate suami kepada Andaman Aby kate kalo seru da sampai antara jodoh saya dgn muncit maka saya berbiras/ipar macam tu..hahahaha macam tu la kot!! kihkih..

cantik akak =D





alhamdllh dengan hanya sekali lafaz mereka sah sebagai suami isteri..




semoga kak Qila dan abg Fuad menjalani kehidupan fasa baru ni dengan baik sekali..ekin doakan semoga rumahtangga yang ni bina ni berkekalan hingga ke akhir hayat  dan hingga ke anak cucu hendaknya...semoga akak berbahagia dan bersabar dalam mengharungi cabaran dan dugaan yang datang.. cett bagi  nasihat da macam pernah kahwin je hahahaha..




psst: bile tengok orang kahwin pakai baju santek-santek naik pelamin hati ni teringin pula tapi apekan daya kita hanya mampu merancang hanya tuhan menetukan...=D

Tuesday, December 20, 2011

Sudah Bergelar Aunty


Begitu cepat masa berlalu kan..tidak saya sangka saya sudah bergelar makcik a.k.a aunty hahaha..sebelom-sebelom ni da ade anak-anak sedara/ buah yang lain cume bukan dari family sendiri dari sedara mara belah ayah dan mak je..

Gambar atas ni anak sedara dan cucu sulung dalam family saya..fuhh!!! agak excited jugalah..dilahirkan ke dunia pada 19/12/2011..bagus la mak dye punye birthday 19/1 anaknya 19/12..cantik kan..bile tengok baby ni seronok pon ada terinign pon ada...uurrgghhhh!!! tapi saya lama lagi la..tak pe main dengan anak sedara je la..

Saya sangka kakak saya akn bersalin sebelom krismas ni ..tup-tup dapat mesej akak saya da nak bersalin..punya la gembira balik ni bole terus main dengan baby..hahaha bole praktis-praktis kn...bak kate orang practice make perfect!! hahaha..nama baby ni pon saya belom tahu lagi..belom dapat info lagi malas nak tanya banyak-banyak pada dorang tunggu saya balik baru la saya pot pet pot pet taburkan semua soalan.. hahahaha


ok la malas da nak tulis panjang-panjang sekian saja nukilan saya kihkih...

Wednesday, December 14, 2011

sikit-sikit lama-lama jadi bukit





cer tengok cer tengok..hahhhh!!! banyak kan duit syiling tu sampai berterabur-rabur hahaha..

nila duit saya simpan setahun..hehehe setahun ker? sebenarnya tabung comel saya ni da sarat  sampai tak tertampung lagi..puas saya jolok-jolok masukkan duit syiling tu tak nak juga masuk tu yang terpaksa tukar sebelom sampai masanya..

Setiap tahun saya akan simpan duit syiling ni..kira pakai duit kertas je..hehehe.. ingat lagi dulu-dulu pesan mak..berjimat-jimat duit lebih boleh simpan dalam tabung..dulu mase kecik-kecik asal tgok tabung berat je penuh je habis terburai tabung tu tak sempat nak tunggu duit banyak haha..

dulu kecik-kecik nakal tak nak dengar cakap mak..da besa ni da keje baru nak ikot balik cakap mak kihkih..so sekarang saya tau best juga simpan duit syiling ni..depends kalo rajin menyimpan kadang tu banyak dapat..kalo malaz bole bawah seratus kan..

Lagi satu saya ni memang suka tengok tabung yang comel-comel kalau pi berjalan tu..da tu kalo da beli tabung mesti kene menyimpankan apa guna beli bia je kosong macam tu..bia nampak hasil..kan..kan..kan..



pisst::: wah lamenya tak berblog-blog nih!!! rase macam macam macammmmmmm......ngeeeeeeeee


ok la bubye


Monday, November 21, 2011

kHaSiaT bUah DeLiMa



Hari ni terasa rajin pula nak update bLog ni..hEhE! hari ni juga saya nak share sikit tentang Buah Delima..koRng penah makan tak buah delima ni?? sebab kan..kalo dapat yang manIs..maniS lah kan..tapi walopon dapat yang tak manis korang stiLL bole makan lagi Sebab khasiat Buah Delima ni baik untuk kita semua..boleh diamalkan selalu..


Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?


Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.


Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.


Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.


Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.


Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

*credit to google*



Wednesday, November 16, 2011

SPM Punye Ceghita..


Selamat menduduki SPM kepada semua adik-adik..jawab betol-betol elok-elok ok! hehehe

ok! bile dengar dorang ni nak spm je mesti teringat balik cerita-cerita spm kite dodulu kn betol x? saya ingat lagi time saya nak ambil SPM..perasaan gementar tu mesti ada kan..bahkan lelebih nebes pula hahaha!!  waktu saya dulu..sebelom masuk dewan exam fuhh!! kawan cakap ke tanya ke saya tak jawab kadang tu tak endahkan langsung ape dorang tanya..konon focus la tu!! hahaa..bile da masuk dewan exam 1st saya akan buat mestila baca doakan..da baca doa semua boleh tulis nak tau ape saya buat..saya akan tengok paper pas tu tengok kawan-kawan tengok kiri tengok kanan tengok luar tingkap...bak kate semualah saya tengok nak amik feel jawab exam hahaha..kalo maths penah rase macam nak campak calculator je sbb kira punya kira tak dapat..hehe!

Da kelua dewan exam baru kecoh balik..sampai kene perli dengan member..hahaha..yela masa pagi-pagi kan konon ilmu tengah banyak kt pale otak ni study dari petang ke malam tido pas tu bangun balik mesti ilmu tengah lekat kat otak..tak nak buang ilmu saya tak bercakap sampai masuk dewan..bile pikir balik klako je dengan muka yang serius tu!


Lagi satu time paper kimia dan fizik..esok nak exam malam tadi bantai tido sepuasnya..ader ke patut? tak patutkan..buku buka mase petang je bile malam mak suruh naik bilik study bole bantai tido..esok kecoh member cakap takot ingat formula tu la ini la..dorang tanya saya rileks je cakap "korang nak tau aku tido la tak baca buku pon" semua member geleng pale..pas tu buat pula muka tak bersalah! haha! bile tak dapat jawab ape lagi tengok la keadaan sekeliling..tapi alhmdllh result nasib baik ok!! tak de la baik mana cukup-cukup makan je..sebab subject tu saya kurang minat tu yang tido je! ngeee =D..jadi kepada adik-adik tu jgn ekot peragai macam ini..korang study betol-betol ok mesti dapat result yang gempak kan! jgn hampakan harapan mak ayah ngee!!

Thursday, October 20, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan


Asal buat entry je mesti entry makan tak sudah-sudah dengan entry makan kan..kan..kan..ngeee..Dipendekkan cerita la kan malam selasa lepas saya pergi makan makanan arab di gombak je tak jauh pon..bukan hati teringin nak makan makanan arab ni tapi ade orang belanja bedal saja lah..orang itu harus dirahsiakan shiiiiii!!! senyap-senyap ok nanti muncit tau muahahahaha muahahahaha (gelak jahat lagi) uwahahaha!! untung badan ada orang nak belanjakan..bak kata pepatah rezeki jangan ditolak ngeeee (senyum seperti senyuman kambing)..ok mari saya perkenalkan restaurant arab ya habibi ya maulana::

RESTORAN QASAR SABA





 menu atas ni boleh dikatakan popular kat kedai ini..pemilik restoran tu yang cakap la saya pon first time nak makan tak tau nak makan apa..menu ni yang saya ingat Lamb/Chicken Mandy..mandy tu maksud nasi kot hikhik! tapi nak cakap nasi ni memang de best la! sedapppp yang amat thoqqqq!!





tengok harege(yang tengah-tengah tu) dia mak datuk fuh! fuh! (sambil mengurut dada) semputttttt! bole tahan nasib baik bukan haku yang bayar kan! hahaha 

 tokey kedai tu cakap kiteorang patut try roti atas ni tapi saya pon tak ingat roti ape haha??? bile dye cakap patut try je kiteorang order sekali sampai mak datuk besarnya roti..habis ke kalo makan..masing-masing da berpandangan tersenyum-senyum kambing sesama sendiri..


 roti kat atas tu dimakan bersama dengan ini..yang ini pon saya tak teringat ape yang saya tahu makan dan makan je hikhik!



yang ni pula mix grilled Qasa Saba campuran ayam daging kambing kot yang ni bole tahan la..janji masuk mulot tak suka ke hape ke perut yang proses..

kalo ada sesapa nak mencube bolelah datang mencube banyak lagi menu-menu yang menarik..selain tu korang bole cuci-cuci mate tengok jejaka-jejaki afghanistan, pakistan,khazastan dan semua tan-tan lah kat situ haha! mane tau nak dapat anak darah kacukan kan..kan..kan!!

bye~~~bye