Tuesday, December 20, 2011

Sudah Bergelar Aunty


Begitu cepat masa berlalu kan..tidak saya sangka saya sudah bergelar makcik a.k.a aunty hahaha..sebelom-sebelom ni da ade anak-anak sedara/ buah yang lain cume bukan dari family sendiri dari sedara mara belah ayah dan mak je..

Gambar atas ni anak sedara dan cucu sulung dalam family saya..fuhh!!! agak excited jugalah..dilahirkan ke dunia pada 19/12/2011..bagus la mak dye punye birthday 19/1 anaknya 19/12..cantik kan..bile tengok baby ni seronok pon ada terinign pon ada...uurrgghhhh!!! tapi saya lama lagi la..tak pe main dengan anak sedara je la..

Saya sangka kakak saya akn bersalin sebelom krismas ni ..tup-tup dapat mesej akak saya da nak bersalin..punya la gembira balik ni bole terus main dengan baby..hahaha bole praktis-praktis kn...bak kate orang practice make perfect!! hahaha..nama baby ni pon saya belom tahu lagi..belom dapat info lagi malas nak tanya banyak-banyak pada dorang tunggu saya balik baru la saya pot pet pot pet taburkan semua soalan.. hahahaha


ok la malas da nak tulis panjang-panjang sekian saja nukilan saya kihkih...

Wednesday, December 14, 2011

sikit-sikit lama-lama jadi bukit





cer tengok cer tengok..hahhhh!!! banyak kan duit syiling tu sampai berterabur-rabur hahaha..

nila duit saya simpan setahun..hehehe setahun ker? sebenarnya tabung comel saya ni da sarat  sampai tak tertampung lagi..puas saya jolok-jolok masukkan duit syiling tu tak nak juga masuk tu yang terpaksa tukar sebelom sampai masanya..

Setiap tahun saya akan simpan duit syiling ni..kira pakai duit kertas je..hehehe.. ingat lagi dulu-dulu pesan mak..berjimat-jimat duit lebih boleh simpan dalam tabung..dulu mase kecik-kecik asal tgok tabung berat je penuh je habis terburai tabung tu tak sempat nak tunggu duit banyak haha..

dulu kecik-kecik nakal tak nak dengar cakap mak..da besa ni da keje baru nak ikot balik cakap mak kihkih..so sekarang saya tau best juga simpan duit syiling ni..depends kalo rajin menyimpan kadang tu banyak dapat..kalo malaz bole bawah seratus kan..

Lagi satu saya ni memang suka tengok tabung yang comel-comel kalau pi berjalan tu..da tu kalo da beli tabung mesti kene menyimpankan apa guna beli bia je kosong macam tu..bia nampak hasil..kan..kan..kan..



pisst::: wah lamenya tak berblog-blog nih!!! rase macam macam macammmmmmm......ngeeeeeeeee


ok la bubye


Monday, November 21, 2011

kHaSiaT bUah DeLiMa



Hari ni terasa rajin pula nak update bLog ni..hEhE! hari ni juga saya nak share sikit tentang Buah Delima..koRng penah makan tak buah delima ni?? sebab kan..kalo dapat yang manIs..maniS lah kan..tapi walopon dapat yang tak manis korang stiLL bole makan lagi Sebab khasiat Buah Delima ni baik untuk kita semua..boleh diamalkan selalu..


Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.



Rahsia Penciptaan Buah Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?


Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.


Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.


Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.


Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.


Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.


Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

*credit to google*



Wednesday, November 16, 2011

SPM Punye Ceghita..


Selamat menduduki SPM kepada semua adik-adik..jawab betol-betol elok-elok ok! hehehe

ok! bile dengar dorang ni nak spm je mesti teringat balik cerita-cerita spm kite dodulu kn betol x? saya ingat lagi time saya nak ambil SPM..perasaan gementar tu mesti ada kan..bahkan lelebih nebes pula hahaha!!  waktu saya dulu..sebelom masuk dewan exam fuhh!! kawan cakap ke tanya ke saya tak jawab kadang tu tak endahkan langsung ape dorang tanya..konon focus la tu!! hahaa..bile da masuk dewan exam 1st saya akan buat mestila baca doakan..da baca doa semua boleh tulis nak tau ape saya buat..saya akan tengok paper pas tu tengok kawan-kawan tengok kiri tengok kanan tengok luar tingkap...bak kate semualah saya tengok nak amik feel jawab exam hahaha..kalo maths penah rase macam nak campak calculator je sbb kira punya kira tak dapat..hehe!

Da kelua dewan exam baru kecoh balik..sampai kene perli dengan member..hahaha..yela masa pagi-pagi kan konon ilmu tengah banyak kt pale otak ni study dari petang ke malam tido pas tu bangun balik mesti ilmu tengah lekat kat otak..tak nak buang ilmu saya tak bercakap sampai masuk dewan..bile pikir balik klako je dengan muka yang serius tu!


Lagi satu time paper kimia dan fizik..esok nak exam malam tadi bantai tido sepuasnya..ader ke patut? tak patutkan..buku buka mase petang je bile malam mak suruh naik bilik study bole bantai tido..esok kecoh member cakap takot ingat formula tu la ini la..dorang tanya saya rileks je cakap "korang nak tau aku tido la tak baca buku pon" semua member geleng pale..pas tu buat pula muka tak bersalah! haha! bile tak dapat jawab ape lagi tengok la keadaan sekeliling..tapi alhmdllh result nasib baik ok!! tak de la baik mana cukup-cukup makan je..sebab subject tu saya kurang minat tu yang tido je! ngeee =D..jadi kepada adik-adik tu jgn ekot peragai macam ini..korang study betol-betol ok mesti dapat result yang gempak kan! jgn hampakan harapan mak ayah ngee!!

Thursday, October 20, 2011

Jalan-Jalan Cari Makan


Asal buat entry je mesti entry makan tak sudah-sudah dengan entry makan kan..kan..kan..ngeee..Dipendekkan cerita la kan malam selasa lepas saya pergi makan makanan arab di gombak je tak jauh pon..bukan hati teringin nak makan makanan arab ni tapi ade orang belanja bedal saja lah..orang itu harus dirahsiakan shiiiiii!!! senyap-senyap ok nanti muncit tau muahahahaha muahahahaha (gelak jahat lagi) uwahahaha!! untung badan ada orang nak belanjakan..bak kata pepatah rezeki jangan ditolak ngeeee (senyum seperti senyuman kambing)..ok mari saya perkenalkan restaurant arab ya habibi ya maulana::

RESTORAN QASAR SABA





 menu atas ni boleh dikatakan popular kat kedai ini..pemilik restoran tu yang cakap la saya pon first time nak makan tak tau nak makan apa..menu ni yang saya ingat Lamb/Chicken Mandy..mandy tu maksud nasi kot hikhik! tapi nak cakap nasi ni memang de best la! sedapppp yang amat thoqqqq!!





tengok harege(yang tengah-tengah tu) dia mak datuk fuh! fuh! (sambil mengurut dada) semputttttt! bole tahan nasib baik bukan haku yang bayar kan! hahaha 

 tokey kedai tu cakap kiteorang patut try roti atas ni tapi saya pon tak ingat roti ape haha??? bile dye cakap patut try je kiteorang order sekali sampai mak datuk besarnya roti..habis ke kalo makan..masing-masing da berpandangan tersenyum-senyum kambing sesama sendiri..


 roti kat atas tu dimakan bersama dengan ini..yang ini pon saya tak teringat ape yang saya tahu makan dan makan je hikhik!



yang ni pula mix grilled Qasa Saba campuran ayam daging kambing kot yang ni bole tahan la..janji masuk mulot tak suka ke hape ke perut yang proses..

kalo ada sesapa nak mencube bolelah datang mencube banyak lagi menu-menu yang menarik..selain tu korang bole cuci-cuci mate tengok jejaka-jejaki afghanistan, pakistan,khazastan dan semua tan-tan lah kat situ haha! mane tau nak dapat anak darah kacukan kan..kan..kan!!

bye~~~bye




Wednesday, September 14, 2011

nak juga cerita walopon da nak basi!!


Ini entry bukan entry pasal raya tapi entry 2 hari sebelum raya..haha..nak juga kan! mase balik rumah kat johor macam biase la bile nak raye masing-masing buat persiapan nak raye..saya pepagi lagi da di suruh kemas balik barang-barang yang saya tinggal kan lepas sekolah dulu..mane taknye dulu mase pindah rumah baru boleh dikatekan berapa bulan je saya duduk situ lepas tu merantau datang KL jadi tak kemas habis semua barang-barang yang saya tinggalkan..rasenya da empat tahun meninggalkan zaman persekolahan..bile di ingat balik tersenyum kambing, lembu semua ade sorang-sorang..mesti korang pon rindu zaman-zaman persekolahan kan..zaman itu la yang paling best pagi-pagi pergi sekolah balik pukul 3 tukar baju makan dan terus tido petang bangun pas tu pi main kat lua..wahh syookk je..bila da kerja baru rase macam nk pi balik zaman dodulu..=)


kemas dan kemas, punggah dan punggah maka terjumpa la khazanah-khazanah lama ini..hahaha tergelak sorang-sorang bile tengok balik..antaranya: (cewahh antaranya)


tiket tambang bas..dulu-dulu pi sekolah ayah anta balik kene naik bas sendiri padahal rumah dekat je bole jln kaki tapi ngengada lebih =)..untungkan ayah anta kalo nak dibanding dengan zaman persekolahan mak-mak kite sekolah jauh 10 batu nun disana pi sekolah jalan kaki..ape nak buat..tapi zaman saye da ok sikit pagi-pagi ayah anta pi sekolah naik moto tanpa pakai helmet baguskan!! sampai sekolah kawan-kawan dok perli kepala batu bhaha..rindula nak naik bas sekarang da kerja da pandai bawa kereta bas pon tak pandang betol tak?? bole dikatekan kalo balik johor mak suruh naik bas dari bus station untuk ke rumah entah berapa kali saya tepon akak saye tanya nak naik bus ape macam mane hadoiii!!


ni pula saye terjumpe note mase saye mula-mula berkhidmat GAN & ZUL lawyer firm..pon rindu nak buat kerja litigation dan saman-menyaman ni..


yang ni pula hadiah pemberian kawan masa hari lahir hahaha..dulu mase time birthday je kawan-kawan bagi hadiah time birthday dorang kami pakat-pakat beli hadiah ..konon mengingati birthday masing-masing la haha..tapi yang ni tak silap hadiah dari kawan lelaki ayoyo macam mana ni?? kawan ke boypren? lupe sudah...


yang ni bukan dapat bukan beli..cube teka?? yang ni saya buat sendiri dulu rajin belajar mengait mase tingkatan 1& 2..macam-macam benda saya buat saya buat kantong duit ni..mesti tak percaya kan..tapi kalo nak saya buat sekarang alamat sampai tahun depan pon tak siap..da lama tak mengait..macam mane cara pon saya da lupa da..skill da lari..


kalo time raya dulu..sebulan sebelom puasa da kumpul duit untuk beli kada raya..tak kan nak harapkan duit mak je kan kad raya bukan nak beli satu dua tapi banyak nak bagi kawan-kawan satu kelas tukar-tukar kad raya tak pon minta alamaat lepas tu pos ..dulu FB tak de semua buat cara kampung..beli kad raya pon yang murah sepeket ada 5keping yang rm4.99 hehe..




terjumpa tag nama ni..kelaka la..dulu kawan-kawan semua berlumba- lumba nak jadi pengawas..kire kalo jadi pengawas dia hebat la gi tu hahaha ade junior ade senior..saya jadi pengawas semua tak percaya..al maklum la saya ni yang lemah lembut gemalai gitu bole ke garang-garang ni..hei!! tengok suara la sekali jerit je satu bangunan dengar hahaha..semua tak percaya..siap jadi ketua blok gitu amboi!! bukan niat nak membangga diri tapi sekadar nak bercerita je pada korang semua..tapi tu dulu la..


naik je tingkatan empat terus tukar masuk sekolah teknik..ambil kursus kejuruteraan awam..sebenarnya saya minta kos lain tapi dapat kos lain..mula tu memang tak nak pergi habis-habisan tolak tapi dengan adenye dorongan mak ayah saya..walo berat kaki melangkah saya gagah kan juga pergi sekolah tersebut..kawan-kawan sekolah lama siap buat majlis perpisahan tu yang tak tahan air mata berjujuran..padahal sekolah saya betul-betul bersebelahan dengan sekolah teknik ni..ape ade hal senang-senang datang je sekolah lame jalan kaki hahaha..bile tengok balik papan lukis ni perasan rindu terus datang..rindu nak lukis pelan (T_T), rindu nak pengang pembaris T, rindu nk buat kerja ukur tanah, rindu pada semua la..tengok tu da patah da adik saya kerjakan buat bantai abang dia aiisshh (~~i)..kalo saye sambung blaja pentadbiran awam kan sekarang ni bakal jadi arkitek kn3?? hehehe


rindu pada sekolah ni..dapat kawan-kawan yang memang de best datang dari mana-mana negeri..memang saye suke sangat sebab kawan kelas saya memang masing-masing kepala gile-gile..(T_T)






s/s: ingin bertemu semua kawan sek.men teknik batch 2006/2007..ingin bertemu semua kawan2 PLKN batch 1 kem teluk sari, mersing 2008..ingin bertemu kawan2 sek.men jln mengkibul batch 2001-2003..(ramai kawan cina)..ingin bertemu guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik saya..saya rindu akan kamu semua...



buibui